-->
Home Panduan dan Adab Pendidik
Panduan dan Adab Pendidik PDF  | Print |  E-mail

Assalamualaikum w.b.t. sobahul khair!
Ya ayyuhal muslimun! Ittaqullah! fa qod fa zal muttaqun...

Bersempena dengan hari jumaat yang mulia ini-sayyidul ayyam (penghulu segala hari), saya ingin membawakan kepada rakan-rakan sedikit titipan yang berupa "sedulang santapan dan secangkir minuman" untuk keperluan rohani dan aqali kita..

Sebagai warga pendidik (murabbi), marilah sama-sama kita merenung, menghayati dan seterusnya mempraktikkan beberapa panduan atau adab-adab sebagai seorang pendidik sepertimana yang dianjurkan oleh Imam al-Ghazzali (Hujjatul Islam:

1] Bekalkan diri dengan sifat kesabaran
2] Tidak cepat/mudah marah
3] Berkelakuan/berakhlak sebagai seorang pendidik Muslim
4] Jangan besar/membangga diri
5] Tawaduk dalam perhimpunan orang ramai
6] Jangan bergurau dan bermain dalam perhimpunan orang ramai (kerana orang sentiasa memerhatikan)
7) Sayang/kasih kepada murid
8] Menanti/menunggu pertanyaan murid dengan tenang
9] Tidak meminta upah (bukan bermaksud gaji)
10]Jangan malu memberitahu "saya tidak tahu" atau "wallahu a'lam" kerana tidak yakin (hakikat
manusia tidak memiliki pengetahuan yang sempurna)
11]Berhadapan dan memerhati orang yang bertanya dengan penuh perasaan
12]Menerima hujjah murid tanpa menolak mentah-mentah
13]Apabila tersalah membuat sesuatu keputusan, bersegeralah kembali kepada yang benar
14]Tidak mengajarkan murid sesuatu ilmu yang memberi mudarat
15]Menegah orang yang belajar bukan kerana Allah
16]Menegah orang yang belajar mendahulukan ilmu fardu kifayah daripada ilmu fardu ain
17]Hendaklah ia mengamalkan ilmunya

Demikianlah beberapa panduan buat tatapan kita bersama. Semoga ia dapat "mengenyangkan" rohani dan aqali kita di pagi hari ini. Justeru, tanamkan azam dan bulatkan tekad kita untuk menjadi seorang pendidik yang hakiki.

 
Valid XHTML and CSS.